Perangai politik Umno dibawa ke Sarawak

KUCHING: Setiausaha Politik kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Abd  Rahman Yusoff mengecam tindakan pihak tertentu yang menggunakan taktik kotor menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim secara fitnah sepanjang beliau berceramah di Sarawak.

Ia dilakukan melalui kenyataan yang dipamer pada kain rentang yang dipasang di sepanjang perjalanan menuju ke Masjid Daaru As Solihin di Kampung Sambir, dekat Kota Samarahan hari ini.

“Nampaknya ada pihak yang tergugat sehingga terpaksa menggunakan taktik kotor dan ‘gutter politics’ dan menyerang peribadi.

“Tindakan ini merupakan cara kempen yang pincang dan cuba membawa cara politik Umno ke Sarawak,” kata Abdul Rahman.

Beberapa kain rentang dilihat terpasang di sepanjang perjalanan termasuk di bulatan berhampiran pintu masuk Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara cawangan Kota Samarahan.

Kain rentang tersebut tertulis perkataan antaranya ialah “Siapa Lelaki Y” dan “Sarawak bankrap jika ikut Buku Jingga”

Terdahulu sebelum itu, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Daaru As Solihin di Kampung Sambir.

Beliau kemudiannya  menyampaikan ucapan di perkarangan masjid dan didengari kira-kira 200 penduduk tempatan.

Difahamkan seorang kariah masjid yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata, Anwar tidak dibenarkan menyampaikan sebarang ucapan mahu pun tazkirah di masjid tersebut.

“Ini arahan pihak atasan. Sebarang usaha untuk memberi peluang kepada Anwar berucap akan dihalang,” katanya.

“Tapi, dapat dengar ‘tazkirah’ di luar masjid pun jadilah. Seronok bila dia datang ke kampung kami” ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10381

Posted by on Apr 1 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE