Perbicaraan Scorpene: Najib mesti hadir

(Ketua Koordinator Jingga 13: Fariz Musa)

Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan baik beliau, Razak Baginda.

Jingga 13 meminta agar seluruh media khususnya media arus perdana menyiarkan liputan pembicaraan tersebut secara telus dan profesional kerana ianya adalah turut melibatkan wang rakyat dalam membeli kapal-kapal selam tersebut.

Media arus perdana khususnya Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan sebagainya wajar menyiarkan liputan perbicaraan tersebut untuk dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui perbicaraan skandal tersebut.

Kenapa isu yang melibatkan maruah negara ini terus disembunyikan daripada rakyat? Kontroversi rasuah pembelian kapal selam Scorpene termasuk kes pembunuhan Altantuya benar-benar telah mencalarkan reputasi dan imej negara di mata dunia.

Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak sewajarnya begitu takut untuk menghadiri perbicaraan tersebut sekiranya mereka tidak bersalah dan selama ini mereka begitu tegas menafikan keterlibatan dengan skandal tersebut. Perbicaraan tersebut adalah sangat penting untuk memulihkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan maruah rakyat Malaysia seluruhnya.

Jingga 13 juga meminta agar Datuk Seri Najib memberikan komen terhadap kes perbicaraan tersebut yang sehingga kini beliau terus mendiamkan diri.

Tidak ada sebarang kenyataan yang dibuat oleh beliau sedangkan Datuk Seri Najib Razak antara saksi yang disenaraikan oleh Suaram dalam perbicaraan tersebut.

Kehadiran Datuk Seri Najib Razak adalah sangat penting kerana beliau ketika itu adalah merupakan Menteri Pertahanan dan beliau wajar bertanggungjawab.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30684

Posted by on May 21 2012. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google