Perkasa Mahkamah Syariah secara menyeluruh – Shamsul

KUALA LUMPUR 11 APRIL: Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN memutuskan untuk menetapkan pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan RUU355 sebagai dasar parti, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“KEADILAN mengambil ketetapan menerima pakai pandangan Ketua Umum sebagai dasar parti, yang menghormati hak Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan usul.
SHAMSUL_ISKANDAR“Sehubungan itu, mana-mana pihak ataupun kelompok yang mengadakan forum mahupun perbincangan dengan pandangan berbeza daripada pendirian parti adalah merupakan pandangan peribadi mereka sebagai individu dan tidak mewakili pendirian rasmi parti.
“Kami juga menganjurkan kepada semua anggota KEADILAN termasuk Ahli Parlimen untuk berpegang kepada pandangan Anwar yang telah diambil pakai sebagai dasar parti dalam usaha memperkasakan sistem Mahkamah Syariah secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan.
Shamsul yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata demikian merujuk kepada kenyataan Anwar pada 8 April lalu berkenaan usul RUU355.
Anwar pada masa sama turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberikan jawapan apakah kerajaan sedia membentuk Jawatankuasa Pilihan bagi meneliti RUU355.
Tegas beliau, Jawatankuasa Pilihan penting untuk meneliti secara menyeluruh usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah termasuk soal keutuhan, kebebasan dan kompetensi kehakiman, pendakwaan bebas, sistem penjara, tahap hukuman dan pelbagai lagi.
Sehubungan itu, Shamsul turut mendesak kerajaan membentuk Jawatankuasa Pilihan dengan kadar segera.
“KEADILAN menggesa agar satu Jawatankuasa Pilihan diwujudkan kerajaan bagi membahas dan membincangkan perkara ini,”ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69849

Posted by on Apr 11 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE