Permohonan skim air Selangor dibuka sehingga hujung tahun

Permohonan Skim Air Selangor dibuka sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Senarai penerima yang layak pula dijangka diketahui menjelang Mac 2020 setelah semakan dilakukan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Pendaftaran bermula sejak 30 September dan dijangka berakhir 31 Disember 2019. Proses pendaftaran adalah untuk mengumpul dan mengemas kini semua data permohonan.

“Bermula Januari 2020 kesemua permohonan ini akan diteliti dan barulah kita akan mengetahui senarai penerima yang berjaya,” katanya sewaktu menjawab pertanyaan lisan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Mohd Imran Tamrin.

Imran bertanya tentang Skim Air Darul Ehsan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN), di Shah Alam.

Warga Selangor boleh memohon secara atas talian menerusi www.ssipr.selangor.gov.my

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, skim ini dijangka akan memberi manfaat terus kepada 700,000 pemilik akaun berbanding 1.6 juta akaun sekarang.

Katanya, setakat ini Selangor membelanjakan kira-kira RM1.8 bilion bagi menampung pembiayaan air percuma 20 meter padu sejak Jun 2008 hingga Ogos 2019.

“Namun melalui Skim Air Darul Ehsan, jumlah pembiayaannya akan berkurangan daripada 180 juta kepada RM96 juta, malah kadar pertumbuhan mungkin mencecah RM200 juta tidak lama lagi.

“Jadi melalui skim ini juga kerajaan negeri dijangka berjaya mengurangkan pembiayaan sebanyak 50 peratus,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74231

Posted by on Nov 4 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE