Permohonan tangguh hukuman Wan Ji diluluskan

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini meluluskan permohonan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin untuk menangguhkan hukuman penjara setahun kerana kesalahan menghasut.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman menetapkan syarat agar Wanji tidak ke luar negara dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Wan Ji dikenakan hukuman penjara setahun berkuat kuasa serta merta pada Selasa 9 Julai, di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Beliau didapati bersalah menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi hantaran Facebook.

Jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda maksimum RM5,000.

Abdul Halim turut meminda hukuman penjara ke atas Wan Ji kepada setahun – berbanding sembilan bulan sebelum ini – selepas mendengar rayuan silang pendakwaan.

Peguam Radzlan Jalaluddin bagaimana pun membuat permohonan lisan untuk menangguhkan sabitan hukuman sehinggalah selesai rayuan terhadap keputusan itu.

Abdul Halim mengarahkan pasukan pembelaan untuk memfailkan permohonan rasmi bagi tujuan penangguhan hukuman itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73759

Posted by on Jul 12 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE