Persaingan sengit punca perhatian pada Julau

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pendaftaran keanggotaan baru cabang Julau dibuat secara telus dan melalui proses pengesahan yang ditetapkan biro politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti.

Beliau mengaku tentang publisiti yang diterima cabang itu kerana persaingan sengit di kalangan pihak-pihak yang bertanding dalam Pemilihan KEADILAN 2018.

“Perhatian yang berlebihan terhadap kes yang melibatkan cabang Julau ini adalah akibat sentimen keterlaluan bagi mempertahankan kelompok masing-masing.

“Sedangkan kesemua proses pengurusan yang melibatkan proses pengundian di cabang-cabang dan pendaftaran keanggotaan baru parti ini telah dilakukan secara telus, terbuka dan bertanggungjawab mengikut keputusan dan garis panduan yang telah dipersetujui dan ditetapkan sama ada melalui MPP mahu pun biro politik parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin menjelaskan MPP pada 25 Jun juga menerima permohonan melalui kaedah borang dan manual iaitu penyerahan permohonan secara soft copy.

“Mengikut rekod Ibu Pejabat KEADILAN, penerimaan permohonan keanggotaan baru yang tidak secara atas talian (secara manual) setakat jam 12 malam, 26 Jun 2018 adalah berjumlah 22,673 dari seluruh negara.

“Sementara itu, mengikut rekod Ibu Pejabat KEADILAN juga, permohonan cabang Julau telah diterima pada jam 2 petang 12 Jun 2018.

“Kesemua permohonan keanggotaan baru yang secara manual ini telah diproses oleh Ibu Pejabat KEADILAN pada 27 Jun 2018,” katanya.

Bagi tujuan pemilihan, katanya, MPP juga telah bersetuju bahawa tarikh tutup permohonan keanggotaan baru ialah pada 26 Jun 2018, tepat jam 12 malam.

Namun katanya, sehingga tarikh tutup bantahan pada 17 Julai tiada sebarang bantahan diterima oleh Ibu Pejabat KEADILAN dari cabang Julau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72522

Posted by on Nov 9 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE