Persediaan KEADILAN maksimum, cuma tunggu penamaan calon

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 17 APRIL: Persediaan KEADILAN menghadapi hari penamaan calon sudah capai tahap maksimum dan hanya menunggu tanggal 20 April, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman.

Menurutnya, persiapan itu turut melibatkan logistik dan taklimat kepada Pengarah Pilihan Raya kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Dr mansor“Kita sudah pun bersedia untuk hari penamaan calon Sabtu ini. Kita juga sudah bermesyuarat untuk segala persiapan pada hari tersebut,” kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu.

“Pengarah pilihan raya setiap kawasan juga sudah dipanggil dan berikan taklimat untuk hari penamaan calon. Setakat ini kita memang sudah bersedia,” kata Mansor kepada Keadilan Daily.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, bagi menghadapi pilihan raya khasnya, KEADILAN membuat persiapan seawal pertengahan tahun lepas berikutan PRU 13 dijangka pilihan raya paling sengit dalam sejarah tanah air.

Azmin berkata, bendera, t-shirt dan bahan logistik lain sudah tiba di kawasan pilihan raya seawal Jun 2012.

Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) juga melatih lebih 3,500 ejen dan ejen pengiraan untuk memastikan mereka memiliki kemahiran, pengetahuan pada hari pengundian bagi mengelak penipuan.

Selain itu, hampir lima juta risalah membincangkan isu dan dasar Pakatan turut dicetak dan disebar.

Mengulas lanjut, Mansor berkata, segala persiapan berhadapan kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini turut diambil kira semasa hari penamaan calon.

“Dalam taklimat yang diberikan kepada pengarah pilihan raya, kita ada menyentuh mengenai kawasan panas dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku,” jelasnya. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50576

Posted by on Apr 17 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google