Perumahan daif, kebajikan diabai, polis tak nak undi BN

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 12 Feb: Seorang anggota polis yang lebih 15 tahun menetap di perumahan Pasukan Gerakan Am (PGA), di Batu 9 Cheras dikenali sebagai Nor menyifatkan, pengabaian terhadap kebajikan dan perumahan anggota polis akan dijawab dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dengan penolakan Umno BN.

"Hak kami sebagai anggota polis bawahan dinafikan," dedah Nor.

“Hak kami sebagai anggota polis bawahan dinafikan,” dedah Nor.

“Kalau ditanya nak undi Umno BN atau siapa? Memang (polis) tak undi BN punya,” katanya ketika ditemui.

“Kami tertekan. Kebajikan tak ada. Media tak dibenarkan masuk atas alasan (kem ialah premis) kerajaan. Tapi kalau (media) interview mana-mana anggota polis sekarang ini, memang semua orang akan komplen.

“Dia (pegawai) orang-orang besar. Kita orang bawah tak boleh buat apa. Saya cuma wakilkan orang dalam. Kalau boleh tolong masuk (dalam media),” kata Nor yang terpaksa mengambil risiko membela ribuan anggota polis yang tidak mampu bersuara.

Tinjauan Keadilan Daily mendapati, masalah paling kritikal di perumahan PGA Cheras yang berusia 30 tahun itu ialah kerosakan lif.

Di lokasi itu, hanya satu daripada tiga lif di blok G19 rosak, menyebabkan penghuni terpaksa menunggu lama atau menggunakan tangga.

Menurut Nor, setiap 17 blok flat Markas Briged Tengah, PGA Cheras antara 10 hingga 15 tingkat mengalami masalah sama. Setiap tingkat ada 10 unit rumah, dengan purata 100 keluarga bagi setiap blok.

Markas Briged Tengah PGA di Batu 9, Cheras menempatkan Batalion 4 PGA, Batalion Khas 19 PGA dan Unit Simpanan Persekutan (FRU).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44820

Posted by on Feb 12 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google