Perutusan Aidiladha 1440H

Alhamdulillah, marilah bersama-sama menzahirkan rasa syukur lantaran umat Islam diizinkan-Nya untuk kembali meraikan Aidiladha yang merupakan salah satu peristiwa penting dalam Islam.

Semestinya hari besar ini diraikan dengan penuh tawadhuk dan keinsafan, dan juga memberi kesempatan bermakna buat umat dalam memaknai ketaatan Ibrahim a.s. tatkala diperintah Allah SWT untuk mengorbankan anakandanya Ismail a.s. Kepatuhan Ibrahim a.s. itu ternyata tiada tolok bandingnya, dan ini lantas menjadi perintah buat umat untuk menjalani ibadah korban.

Mesej yang jelas dari peristiwa dan ibadah korban ini adalah tentang kesabaran, ketaatan, keikhlasan dan kecintaan kepada Tuhan Maha Esa yang mesti digarap sebaiknya oleh umat dalam menggapai keberkatanNya. Dalam kesempatan yang sama juga dapat kita sesama umat Islam memperteguh persaudaraan dan memperkemas tali silaturrahim sesama insan.

Oleh yang demikian, mesej al Quran yang menerapkan kebersamaan juga wajar dilihat dengan kanta yang majmuk dan berbilang seperti Malaysia sebagai usaha memupuk perpaduan antara kaum dan agama. Usah pula kita diperkakas mereka yang mengajak kepada kacau bilau dan ketaksuban, lantas kelak akan mengesani kerukunan yang sekian lama terbina antara kita.

Akhir kalam marilah semua kita menghidupkan semangat Aidiladha dengan kembali memperteguh keimanan, memperkukuh akidah serta kebersamaan sesama insan sejajar yang digagaskan al Quran.

Mewakili keluarga majmuk KEADILAN, saya ucapkan Selamat Menyambut Aidiladha 1440H buat seluruh umat Islam di Malaysia. Tidak lupa juga kepada jemaah haji Malaysia di tanah suci; semoga kelancaran dan keberkatan bersama kalian dan pulang bersama haji yang mabrur.

ANWAR IBRAHIM

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73877

Posted by on Aug 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE