Perutusan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri

Alhamdulillah selesai berpuasa kita sebulan. Diberikan iman oleh Allah SWT untuk menyambut Aidilfitri buat kesekian kalinya.

Aidilfitri membawa pengertian iaitu kembali kepada fitrah.

Semasa menjalani ibadah puasa Ramadan kita dituntut memahami erti taqwa yang menjadi matlamat utama puasa.

Pada Hari Raya pula kita dituntut menghayati pengertian sebenar fitrah.

Fitrah yang suci membawa manusia menilai sesuatu mengikut pandangan dan kehendak Allah SWT.

Dengan kembali kepada fitrah, biarlah segala rezeki kita halal dan baik dan tidak terpalit dengan rasuah, kleptokrasi dan gejala lainnya.

Jangan lupa insan-insan lain yang kurang bernasib baik.

Bukan wang ringgit sahaja, tetapi nilai kebersamaan yang berterusan di kalangan sanak saudara, jiran tetangga serta masyarakat.

Ziarah menziarahi hendaklah menjadi acara dan warisan umat Islam di negara kita.

Aidilfitri merupakan detik terbaik untuk mengunjurkan keharmonian kaum bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia.

Kesihatan diri juga perlu diberi perhatian – kurang pengambilan gula, jimat berbelanja dan elakkan pembaziran.

Jadikan Aidilfitri kali ini satu kemenangan untuk semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir dan Batin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73555

Posted by on Jun 4 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE