Perutusan Hari Malaysia TPM

Lima dekad berlalu sejak tertubuhnya negara Malaysia hasil gabungan Persekutuan Malaya dengan Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah). 

Peristiwa penyatuan tiga wilayah yang bersejarah ditambah manis dengan ciri-ciri unik dimiliki oleh setiap wilayah.

Perjuangan kita untuk mengecapi kemerdekaan dan menegak demokrasi dinikmati tanpa pertumpahan darah dan ini merupakan kejayaan yang dapat dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. 

Pada hari ini, marilah kita mengenangi perit jerih yang dilalui oleh nenek moyang kita dan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menjadikan Malaysia sebuah realiti. 

Keindahan Malaysia sesungguhnya terletak pada rakyatnya. 

Marilah kita terus meraikan keharmonian dalam kepelbagaian ini. 

Marilah kita terus menikmati perbualan di sekeliling kita yang dituturkan dalam bahasa yang pelbagai.

Toleransi, hormat-menghormati, saling memahami dan saling menerima adalah harta kepada masyarakat Malaysia yang harus kita senantiasa hargai dan dukungi. 

Perjalanan yang sudah kita lalui amat panjang namun masih banyak lagi kegemilangan yang Malaysia boleh gapai. 

Bersama kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kemegahan dan kebanggaan.

Selamat Hari Malaysia.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72318

Posted by on Sep 16 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE