Perutusan Maulidur Rasul 1439 Hijrah

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pembawa risalah kebenaran dan keadilan, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabat dan tabiin yang bertakwa.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun 1439H ini, saya bagi pihak keluarga besar KEADILAN serta Harapan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua rakyat Malaysia serta Umat Islam di seluruh dunia.

Di hari yang penuh barakah ini saya ingin mengajak kita semua memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW buat menjadi tauladan dan pedoman. Keperibadian baginda yang tiada tolok bandingnya. Kebijaksanaan baginda sebagai seorang pemimpin. Kecekalan hati baginda membawa risalah kebenaran. Kesabaran dan ketaqwaan baginda berdepan dengan pelbagai cabaran.

Segala cabaran yang kita hadapi akan dapat diatasi dengan kebijaksanaan akal, kecekalan hati, kesabaran dan ketakwaan. Inilah tauladan dan pedoman yang diberi oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Risalah yang di bawa oleh baginda harus tersemat di dalam sanubari kita. Atur langkah ke hadapan dengan kebijaksanaan. Pupuk kasih sayang, hentikanlah kebencian. Tegakkanlah keadilan, tentang kezaliman.

Salam Maulidur Rasul.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden HARAPAN
Presiden KEADILAN

12 Rabiul Awwal 1439H
1 Disember 2017

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70817

Posted by on Dec 2 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE