Perutusan Maulidur Rasul Setiausaha Agung

*PERUTUSAN MAULIDUR RASUL SETIAUSAHA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Bersempena bulan Rabiulawal 1439 Hijrah ini, mari kita bersama-sama mempertingkatkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda dan sahabat-sahabat baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Tanggal 12 Rabiulawal saban tahun pastinya akan menerbitkan bibit-bibit rindu ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan Maulidul Rasul tahun ini wajar dimaknai dalam konteks mencontohi kepimpinan Rasulullah S.A.W sebagai asas pewujudan sebuah masyarakat dan negara yang madani melalui kepimpinan strategik.

Umat Islam mesti menjadi teladan bagi kaum-kaum lain, sebagaimana Rasulullah S.A.W. mencapai kedudukan dihormati kaumnya ketika baginda masih muda.

Gelaran “al-Amin”, yang bermaksud dipercayai, adalah aset akhlak yang digunakan oleh baginda ketika melancarkan dakwahnya di Bukit Sofa, “Apakah pandangan kamu jika aku katakan bahawa ada tentera berkuda yang sedang bersiap siaga di sebalik wadi ini untuk menyerang kamu, adakah kamu mempercayai aku?”

Mereka menjawab: “Kami tak pernah melihat kamu berdusta”. Soalnya, adakah umat Islam hari ini, atau sebahagian daripada mereka sama ada pemimpin atau pun rakyat biasa, mempunyai kualiti peribadi seperti itu di hadapan kaum bukan Islam?

Perjuangan dalam menegakkan keadilan di muka bumi ALLAH S.W.T ini penuh dengan cubaan dan rintangan namun apalah kiranya untuk dibandingkan dengan pengorbanan Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W mampu memberikan contoh teladan terbaik untuk kita mancakupi seluruh aspek kehidupan.

Dengan ketibaan bulan Rabiulawal ini semoga dapat memberikan kita kesedaran betapa untuk mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam kehidupan sehari-hari yang merupakan tuntutan yang amat mendesak ke atas umat Islam.

Sambutan Maulidur Rasul hanyalah sebagai peringatan dan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu setiap umat baginda, iaitu untuk meneruskan tugas Rasulullah S.A.W dengan memberikan petunjuk dan bimbingan kepada umat manusia ke arah jalan yang benar dan diredai ALLAH S.W.T.

Salam Maulidur Rasul 1439 Hijrah buat sekalian umat Islam Malaysia. Semoga Sambutan Maulidur Rasul tahun ini mengukuhkan kecintaan kita kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W seterusnya mengembalikan kita kepada fitrah Islami yang menganjurkan keadilan, kesederhanaan dan kebaikan.

Sekian. Wabillahitaufiq Walhidayah Wassaassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti KEADILAN Rakyat

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70813

Posted by on Nov 30 2017. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE