Perutusan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai 2019

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang disambut oleh teman-teman kita di negeri Sabah dan Sarawak adalah hari yang disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Kedua-dua peristiwa penting tersebut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai disambut sebagai menyatakan kesyukuran kepada Tuhan yang mengurniakan rezeki dan hasil menuai yang melimpah ruah, juga perencanaan untuk musim yang seterusnya. Dalam konteks negara yang jamak budaya seperti Malaysia ini, saat inilah harus dimanfaatkan sebaiknya untuk saling kenal antara satu dengan yang lain. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan faham erti hidup rencam agama dan budaya seperti Malaysia, marilah kita sama-sama memikirkan bagaimana harus kerukunan ini dipelihara dan disuburkan dengan matlamat meneguhkan perpaduan dan hidup berdampingan.

Makna besar disebalik diciptakan berbagai-bagai kaum dan suku itu adalah untuk mencari titik temu dan kebersamaan seperti yang ditegaskan dan diperingatkan Al Hujurat [Ayat 10]. Maka segala elemen dan hujah yang menjurus kepada memecahbelah, kejumudan dan ketaksuban wajar ditundukkan sesegera mungkin.

Sempena Tadau Kaamatan dan Hari Gawai ini, saya mewakili keluarga majmuk KEADILAN ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Kotobian Tadao Tagazo do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada warga Sabah dan Sarawak!

ANWAR IBRAHIM

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73542

Posted by on May 31 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE