Perutusan Tahun Baru Cina dari Timbalan Presiden KEADILAN

cnyTahun Baru Cina melambangkan titik permulaan kepada perubahan nasib dan kehidupan masyarakat. Maka secara tradisinya, sempena meraikan tahun baru yang bakal muncul, masyarakat cina akan berkumpul di rumah masing – masing untuk mencuci rumah, membayar dan mengutip hutang piutang, serta bersama – sama menyediakan makanan untuk upacara makan besar di rumah ibu bapa. Harapan mereka agar tahun baru yang menjelang akan membawa perubahan yang baik demi kesejahteraan buat semua.

Tahun Baru Cina pada tahun ini adalah tahun Ular Air. Tahun yang secara simboliknya baik untuk ekonomi dan pendapatan. Tahun Ular ini dianggap sebagai tahun baru yang akan membawa rezeki melimpah ruah serta memakmurkan kehidupan dimasa hadapan.

Namun begitu, tahun baru ini adalah paling mencabar bagi rakyat Malaysia untuk menentukan masa depan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kerosakan yang berlaku akibat kerakusan pemimpin serta institusi yang rosak perlu direformasikan untuk mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Pengurusan ekonomi yang boros, rasuah dan pentadbiran yang sarat dengan penyelewengan perlu segera dihentikan demi kemakmuran negara. Alam sekitar yang terancam serta warisan sejarah yang dimusnahkan harus segera ditangani dengan mandat baru yang tekad mempertahankan kegemilangan tamadun ini.

Rakyat Malaysia perlu menjiwai semangat, memperkukuh tekad dan beriltizam untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.

Harapan kita agar semangat Ular Air yang sentiasa tabah, inovatif dan berkuasa sifatnya menjadi teras kepada perubahan dengan kuasa rakyat seterusnya merealisasikan sebuah negara Malaysia yang lebih gagah, A Mighty Malaysia.

Selamat tahun baru.

Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Jin Bu, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44726

Posted by on Feb 10 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google