Pesan Anwar: Hapuskan amalan boros dan protokol berlebihan

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kerajaan negeri yang ditadbir gabungan itu agar berhemah dalam berbelanja dan menguruskan acara serta majlis.

Kata Anwar, kerajaan negeri Harapan antara lain boleh mencontohi pemotongan gaji yang dilakukan Putrajaya.

“Saya menyambut baik beberapa inisiatif yang diambil kerajaan pusat untuk memotong gaji menteri kabinet sebanyak 10 peratus, serta menghentikan sebarang amalan pemberian hadiah sempena pelantikan.

“Justeru saya menggesa semua kerajaan negeri Harapan agar dapat mempertimbang dan melaksanakan langkah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Tiada lagi amalan pemborosan, protokol yang berlebihan lagi melelahkan, serta bermegah-megah demi membangun citra,” katanya lagi.

Hasil mesyuarat pertama kabinet pada 23 Mei lalu memutuskan supaya gaji asas anggota kabinet dipotong 10 peratus sebagai langkah berjimat cermat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71818

Posted by on May 25 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE