Pesan Anwar, Wan Azizah: Jangan berbalah kerana pemilihan

Dua tokoh penting KEADILAN iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai mesej penting untuk mereka yang bertanding dalam Pemilihan KEADILAN 2018 – elakkan serangan peribadi dan ugut-mengugut.

Amanat itu amat penting untuk dipatuhi terutamanya oleh mereka yang berada di dalam kerajaan.

“Timbalan perdana menteri, menteri, menteri besar dan exco tak boleh ugut mana-mana ahli untuk raih undi.

“(Setakat ini) belum ada laporan rasmi tetapi kebimbangan itu telah disuarakan. Ini mesti dihentikan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

“Tiada selar menyelar, tiada sebarang serangan peribadi,” kata Dr Wan Azizah menyahut seruan Anwar pada sidang media sama.

Pemilihan KEADILAN 2018 menyaksikan pertembungan dua pesaing untuk jawatan timbalan presiden: penyandang jawatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Anwar menang jawatan presiden tanpa bertanding pada Ahad lalu selepas Dr Wan Azizah tidak mempertahankan jawatan itu.

Dr Wan Azizah kekal sebagai presiden sehingga kongres parti pada November ini.

Pemilihan KEADILAN akan berjalan dalam masa beberapa minggu, bermula di Kelantan dan Terengganu pada 14 September dan berakhir di Sabah pada 13 Oktober.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72164

Posted by on Aug 9 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE