Pikul tanggungjawab tangani jerebu bersama

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim menggesa negara-negara yang mengalami jerebu agar mengambil tanggungjawab bersama menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam temu bual denganBloomberg TVsemalam, Anwar berpendapat syarikat-syarikat besar yang terlibat dalam kebakaran hutan di Indonesia yang menyebabkan jerebu perlu dipertanggungjawabkan.

“Kita harus berasa marah dan saya menganggap ini sebagai peperangan ekologi, bukan perkara kecil, ia menjejaskan jutaan rakyat kita.

“Kita perlu menjadi lebih kuat, tidak kira sama ada Malaysia, Singapura atau Indonesia – maksud saya mereka ini adalah syarikat besar.

“Mengapa kita tidak memastikan mereka bertanggungjawab dan sekurang-kurangnya menanggung kos,” katanya.

Steak at semalam, 1,603 sekolah di lapan negeri diarahkan tutup kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) di sekitar kawasan masing-masing.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), penutupan sekolah itu membabitkan 1,060,184 pelajar.

Is termasuk 66 sekolah di Wilayah Persekutuan membabitkan 48,527 pelajar dan 53 sekolah di Negeri Sembilan dengan 28,073 pelajar turut diarahkan tutup berikutan beberapa kawasan mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 iaitu sangat tidak sihat.

Selangor mencatatkan penutupan sekolah paling tinggi iaitu membabitkan 538 sekolah diikuti Sarawak (337); Perak (303); Pulau Pinang (162), Kedah (119) dan Putrajaya (25).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74029

Posted by on Sep 19 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE