Pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada 9 Mei 2018.

Tarikh penamaan calon adalah pada 28 April 2018 sementara tarikh mengundi awal adalah pada 5 Mei 2018.

Pengumuman itu dibuat di pejabat SPR di Putrajaya, tengahari ini.

Dengan ini, tempoh berkempen akan berlangsung selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU13.

Writ pilihanraya pula akan dikeluarkan pada 11 April ini kepada pegawai pengurus (RO) pilihan raya bagi menggariskan tugas mereka pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

SPR sebelum ini mengumumkan yang daftar pemilih yang akan diguna pakai adalah daftar pemilih Suku Keempat 2017.

Seramai 14,940,624 pemilih layak mengundi berdasarkan daftar tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71588

Posted by on Apr 10 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE