Pimpinan utama sayap Wanita tidak dicalon, Umno makin bergolak

(Oleh Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 18 APRIL: Pergolakan dalaman Umno dilihat semakin parah, selepas ada pimpinan utama parti itu meluahkan kekecewaan ekoran tidak dicalonkan pada PRU ke-13, kata Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim hari ini yang tidak puas hati selepas beliau dan beberapa pimpinan utama sayap itu, termasuk Ketua Wanita di beberapa negeri, tidak dicalonkan.

Dalam isu sama, sejumlah bilik gerakan Umno di Pulau Pinang, terutama di Parlimen Tasek Gelugor pula ditutup selepas Datuk Seri Shariff Omar tidak disenarai. Bekas Timbalan Menteri Pertanian itu kemudian umumkan akan bertanding bebas pada PRU nanti.

Haniza berkata, masalah timbul selepas Umno tidak mengikut tradisinya dalam pemilihan calon, iaitu mengutamakan pimpinan tertinggi.

“Ikut tradisi, pimpinan utama seperti Ketua Bahagian dan Ketua Wanita akan dicalonkan. Tapi mereka tukar ‘style’, cuba tiru kita dengan pilih calon daripada pelbagai latar belakang.

“Maka ada bantahan di akar umbi dan Umno Bahagian. Kita sudah jangka hal ini, sebab Datuk Seri Najib Razak ambil masa lama untuk umum calon,” katanya ketika dihubungi.

Memetik Sinar Harian, Kamilia turut menyifatkan tindakan BN itu sebagai tidak memberi pengiktirafan yang wajar, serta penghinaan kepada wanita.

Bersetuju dengan kenyataan itu, Haniza berkata, Umno BN gagal menunaikan komitmen mereka mengiktiraf wanita, selepas menandatangani deklarasi Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) pada 1995.

CEDAW, anjuran Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggariskan hak-hak wanita yang perlu dijaga oleh negara yang menandatanganinya.

“BN yang jadi kerajaan tandatangani CEDAW pada 1995, tapi sehingga kini masih tak mampu iktiraf keupayaan wanita. Kasihan Wanita Umno, sekian lama menunggu.

“Ini sama sekali berbeza dengan kita. Sebelum ini, kita kata ingin ketengahkan lebih ramai tokoh wanita dalam PRU. Kita tidak cakap kosong, tapi buktikannya selepas 30 peratus calon KEADILAN adalah wanita,” kata Haniza lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50704

Posted by on Apr 18 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google