Pinda Akta Racun 1952 untuk kawal ketum

Kerajaan akan meminda Akta Racun 1952 (Akta 366) yang memperuntukkan larangan merangkumi kawalan ke atas tumbuhan psikoaktif, pokok ketum.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lee Boon Chye berkata pindaan itu akan memperuntukkan larangan ke atas aktiviti perdagangan, penanaman, pengimportan, pengeksportan, pembekalan, penjualan dan pemilikan pokok ketum.

“Draf pindaan Akta Racun ini sedang dijalankan dan akan adakan sesi perbincangan dengan pihak pemegang taruh. Pandangan kementerian sedia ada tidak menggalakkan pengkomersialan ketum ini walaupun ada pandangan tertentu.

“Draf yang kita cadangkan kemungkinan besar tidak menggalakkan penanaman ketum secara besar-besaran kecuali di dalam keadaan tertentu untuk penyelidikan dan sebagainya.

“Namun kementerian akan perincikan draf tersebut sekiranya ada pandangan dari pihak yang berkenaan,” katanya menjawab soalan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan menggubal satu akta khas berkaitan ketum.

Katanya, draf pindaan yang sedang digubal itu diharap dapat dibentang di Parlimen pada sesi akan datang.

Sehubungan itu katanya, kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak menggalakkan penanaman ketum dalam negara.

“Ramai remaja yang menggunakan ketum ini sebagai tahap pertama dan selepas mereka jadi ketagih kepada ketum. Kemudian naik taraf guna dadah yang lain jadi ini yang jadi masalah.

“Oleh kerana itu, kerajaan tidak berhasrat untuk menggalakkan penanaman ketum. Kita melihat ini sebagai satu masalah sosial yang perlu dibendung. Ini pendirian kerajaan,” katanya menjawab soalan tambahan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Pada 2017, seramai 8,118 orang ditangkap kerana menyalahgunakan ketum di bawah Akta Racun. Malah, sebanyak 89,060 liter air ketum dan 80,938 kilogram daun ketum dirampas oleh pihak berkuasa.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73754

Posted by on Jul 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE