PKNS batal bangunkan padang Kelana Jaya – Nik Nazmi

Saya mengalu-alukan keputusan PKNS untuk menarik balik rayuan mereka terhadap cadangan pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS daripada Lembaga Rayuan Negeri Selangor semalam.

NikNazmiPara penduduk yang diwakili oleh Jawatankuasa ‘Selamatkan Padang Rakyat’ telah lama menentang cadangan pembangunan semula padang ini sekeras-kerasnya. Malah mereka telah berjaya membongkar kewujudan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 yang tidak sah dimana Kompleks Sukan PKNS ini dizonkan sebagai tanah komersial dan bukannya sebagai tanah rekreasi seperti yang terdapat dalam Rancangan Tempatan yang sah dan asal. Hal ini telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Terpilih Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) dan hari ini, Lembaga Rayuan Negeri.

Keputusan ini sememangnya merupakan kejayaan besar kepada penduduk setempat. Tahniah diucapkan kepada mereka di atas kesungguhan dan kesabaran mereka selama ini.

Walaupun PKNS sememangnya berhak dalam membuat rayuan semula, mereka pada masa yang sama harus lebih sensitif dalam menyedari bahawa rakyat Selangor sebenarnya tidak akan memperolehi sebarang manfaat sekiranya PKNS bercadang untuk melanjutkan kes ini. MBPJ sudah menolak permohonan mereka sebanyak dua kali sebelum ini dan sekarang PKNS telah menggugurkan rayuan mereka daripada Lembaga Rayuan Negeri.

Terlalu banyak usaha, perbelanjaan kewangan dan masa yang telah diluangkan dalam menyelesaikan isu ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pihak PKNS dan kerajaan sementara Pakatan Rakyat Selangor, sekiranya berjaya dipilih sekali lagi untuk memimpin kerajaan negeri, agar menghormati keputusan bahawa Kompleks Sukan PKNS adalah sebahagian daripada zon rekreasi seperti yang terdapat dalam Rancangan Tempatan yang sah.

Saya yakin ini adalah jalan penyelesaian terbaik buat penduduk SSS7 Kelana Jaya, Kompleks Sukan PKNS dan Selangor amnya.

NIK NAZMI NIK AHMAD

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50186

Posted by on Apr 13 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google