PM sementara menyusahkan pengundi – Nurul Izzah

Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar membidas keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memilih 9 Mei 2018, hari Rabu sebagai tarikh membuang undi.

Pengarah Bersama Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat KEADILAN itu yakin tarikh tersebut direstui oleh Datuk Seri Najib Razak untuk menyukarkan pemilih membuang undi.

“Apa rasional menyusahkan pengundi dengan tarikh mengundi pada hari bekerja, wahai PM sementara Najib Razak?” tulis Nurul Izzah di akaun Twitter beliau.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada 9 Mei 2018.

Tarikh penamaan calon adalah pada 28 April 2018 sementara tarikh mengundi awal adalah pada 5 Mei 2018.

Pengumuman itu dibuat di pejabat SPR di Putrajaya, tengahari ini.

Pemilihan tarikh itu mengundang kemarahan warga maya yang menganggapnya sebagai cubaan Umno BN untuk mengurangkan peratusan mengundi.

Ini hari membuang undi selalunya dipilih pada hujung minggu bagi memberi peluang kepada pengundi di uar daerah untuk pulang mengundi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71592

Posted by on Apr 10 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE