Polis arah wartawan Keadilan Daily serah catatan kenyataan Tian Chua
KUALA LUMPUR 15 MAC: Selepas menyerbu pejabat Suara Keadilan pagi tadi, polis kemudian mengarahkan wartawan Keadilan Daily, Aisha Geoffrey ke balai polis Pudu untuk menyerahkan catatan memuatkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkaitan isu Lahad Datu.
Arahan itu dibuat selepas hasrat mereka menggeledah dan merampas komputer kira-kira jam 10.15 pagi, dibantah peguam, Latheefa Koya yang menghubungi polis ketika serbuan.
Ekoran itu, Aisha dikehendaki menyerahkan catatan nota mengandungi kenyataan Tian Chua yang dimuat naik dalam Keadilan Daily sebelum dimanipulasi pihak berkepentingan dan blogger.
Seorang lagi peguam, Eric Paulsen kemudian mengiringi Aisha ke balai Pudu bersama Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit kira-kira jam 1 tengah hari.
Untuk berita awal, KLIK INI.
(Edited FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47421






