Polis benarkan himpunan 901 di perkarangan mahkamah

Azmin Ali bersama-sama dalam sidang media Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh di IPK tadi.

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 6 Dis : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali memberitahu, polis telah memberi kebenaran dan jaminan akan menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan yang bakal dianjurkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin depan.

“Kita telah bermuafakat dan bersetuju untuk meneruskan perhimpunan aman ini dengan beberapa perincian yang telah dibincang secara bersama,” kata Azmin selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu akan menerangkan secara terperinci mengenai rancangan dan keputusan yang telah dicapai berhubung himpunan itu, di Ibu Pejabat KEADILAN petang ini.

“Tempat telah ditetapkan, perhimpunan akan diteruskan. Keputusannya positif dan saya gembira dengan polis tadi menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti politik khususnya pakatan rakyat,” katanya.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menerusi laman twitter beliau, pihak polis membenarkan ruang perkarangan kawasan letak kereta berhadapan dengan mahkamah untuk berhimpun.

Sehubungan itu satu sidang media tergempar bersama pimpinan KEADILAN akan diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya 3.30 petang ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyatakan, pihaknya tidak akan mengharamkan himpunan berkenaan, sebaliknya mencadangkan supaya kawasan yang sesuai.

Azmin Ali bersama-sama dalam sidang media Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh di IPK tadi.

Terdahulu, , turut hadir pada pertemuan tersebut beberapa pimpinan KEADILAN termasuk ketua Wanita,  Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran.

Pertemuan itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Ketua Polis Negara menyarankan agar Ketua Polis Kuala Lumpur bertemu penganjur bagi membincangkan perkara tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25191

Posted by on Jan 6 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE