Polis dedah Najib terima RM2.9 bilion

Selepas peguamnya didakwa menerima RM9.5 juta wang haram, petang tadi giliran Datuk Seri Najib Razak pula berhadapan pendedahan mengejutkan daripada pihak polis.

Dalam sidang media petang ini, polis mendedahkan bahawa AS$972 juta (RM2.973 bilion) dipindahkan ke akaun bank AmIslamic milik bekas perdana menteri itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ia disalurkan melalui tiga fasa membabitkan firma Good Star, Aabar dan Tanore melibatkan 132 transaksi.

Rashid berkata polis merekodkan keterangan daripada 64 orang, termasuk Najib dan anak perempuannya Nooryana Najwa.

Beliau juga berkata lebih ramai individu akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Angka RM2.973 bilion dikira berdasarkan kadar pertukaran wang ketika pelbagai transaksi berlaku.

Bagaimanapun, AS$972 juta jika berdasarkan kadar pertukaran hari ini adalah berjumlah RM3.985 bilion.

Bercakap dengan pemberita kemudian, Rashid berkata polis juga telah mengenalpasti 50 individu yang menerima wang daripada transaksi itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72312

Posted by on Sep 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE