Polis kepung Dataran, 50,000 peserta Bersih 5 banjiri KLCC

KUALA LUMPUR 19 NOV: Kepungan polis di segenap laluan menghampiri Dataran Merdeka menyebabkan ribuan peserta Bersih 5 yang berarak dari banyak lokasi sebelum itu terpaksa memilih KLCC sebagai destinasi terakhir perhimpunan.

Gambar Cikgu FarizTrak FRU dan halangan berpagar polis menyekat rakyat berhimpun di tempat mencatat sejarah kemerdekaan negara itu menyaksikan punahnya demokrasi berparlimen.

Sekatan polis dan haluan yang diubah tidak menghentikan semangat penyokong Bersih meneruskan pergerakan sehingga ke KLCC, dan melimpah ke Jalan Ampang.

Kumpulan dari Masjid Jamek yang bergerak kira-kira 3.30 petang menuju ke KLCC dikepalai oleh Rafizi Ramli, walaupun Naib Presiden KEADILAN itu mengakui beliau masih demam.

KLCCKLCC sehingga jam 5 petang ini dibanjiri hampir 50,000 penyokong Bersih 5.

Di Jalan Tun Perak pula, kira-kira 1,000 peserta masih berada di situ, kebanyakannya aktivis mahasiswa.

Sementara itu, Baju Merah pula sudah tidak kelihatan, tenggelam dalam lautan kuning.

KLCC-Gambar fb ZunarBerucap di hadapan KLCC, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin membangkitkan insiden hidung berdarah melibatkan pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos minggu lalu.

Turut berucap, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, mengutuk penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah.

Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut hadir demi Bersih sebaik pulang dari luar negara, menyeru rakyat supaya menyokong dan menyertai blok Pembangkang – Bersatu, KEADILAN, Amanah dan DAP dengan matlamat sama menjatuhkan BN dalam pilihan raya.

Berbaju rasmi Bersih 5 dan bertopi putih, Mahathir diiringi bekas Timbalan PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz, yang juga anaknya.

AzminPemimpin Pakatan Harapan yang turut sama bermandi peluh menguningkan KLCC antaranya Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, selain Maria yang ditahan bawah Sosma, polis juga menahan pemimpin Bersih 5, Hishammuddin Rais di Bangsar Utama pagi ini, menjadikan jumlah mereka yang ditahan berhubung perhimpunan di ibu negara hari ini adalah seramai 15 orang setakat ini.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69701

Posted by on Nov 19 2016. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE