Polis serbu pejabat Suara Keadilan, cubaan geledah & rampas komputer

KUALA LUMPUR 15 MAC: Sekumpulan enam polis menyerbu pejabat Suara Keadilan untuk menggeledah dan merampas komputer, di sini kira-kira jam 10.15 pagi ini.

SKMereka adalah pasukan penyiasatan dari Johor Baharu dalam kes kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkaitan kontroversi isu Lahad Datu yang dimuat naik portal Keadilan Daily, 1 Mac lalu.

Ketika serbuan, beberapa kakitangan Suara Keadilan sedang bertugas di tingkat 2 bangunan pejabat di Jalan Metro Pudu, Cheras.

Polis terbabit memaklumkan kedatangan mereka untuk merampas komputer yang terlibat dalam penghasilan berita kenyataan Ahli Parlimen Batu itu.

Mereka turut menunjukkan waran geledah pejabat.

Bagaimanapun, peguam Latheefa Koya yang dihubungi kakitangan syarikat mengarahkan polis berurusan dengannya.

Selepas menghubungi Latheefa, polis terbabit mengalih alasan untuk mendapatkan nota tulisan wartawan Keadilan Daily, Aisha Geoffrey, yang sebelum ini telah dua kali ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, Aisha yang bercuti hari ini diminta peguam ke pejabat untuk menyerahkan nota tersebut kepada polis.

Polis kemudian beredar tanpa mengambil apa-apa daripada pejabat kira-kira setengah jam, dan memberitahu mereka mahu menunggu Aisha.  – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47408

Posted by on Mar 15 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google