Polis siasat punca kemalangan Anwar

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata polis sedang menyiasat kemalangan melibatkan konvoi kenderaan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 September lalu.

Beliau membuat pengumuman itu sewaktu menjawab soalan Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan di Dewan Rakyat hari ini yang menuntut penjelasan tentang perkembangan terkini kemalangan konvoi ke Penjara Sungai Buloh itu.

“Saya ingin maklumkan kepada Kapar bahawa siasatan terhadap accident itu sedang dilakukan dan saya pasti mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan itu jika disengajakan,” katanya yang juga merupakan menteri dalam negeri.

Dalam pada itu, Zahid turut memberikan jaminan yang Anwar akan mendapat rawatan terbaik apabila dibedah di Hospital Kuala Lumpur ekoran sakit bahunya.

“Saya ingin nyatakan bahawa rawatan terbaik daripada doktor pakar yang sesuai dan post operation atau rawatan pasca pembedahan akan diberikan kepada beliau.

“Dan kita tentunya berdoa agar selepas pembedahan beliau akan segera sembuh,” kata Zahid.

Anwar dimasukkan ke HKL hari ini dan akan dibedah pada 12 November kerana menderita sakit bahu yang semakin buruk selepas kemalangan pada 22 September lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70756

Posted by on Nov 8 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE