Polis trafik belasah peserta Bersih 3.0

KUALA LUMPUR 1 Mei: Rakaman bertajuk ‘Bersih 3.0: Peserta dibelasah’ memaparkan polis trafik turut bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0.

Ia menunjukkan kira-kira lima belas anggota trafik dan polis bermotosikal, mengejar peserta himpunan di kaki lima di sebelah kiri.

Kemudian, tiga anggota menangkap dan mengheret seorang mangsa ke tengah jalan sebelum dibelasah manakala yang mengerumun dan bergilir memukul mangsa.

Seorang polis trafik dilihat mengepit kepala peserta di celah tangan manakala seorang lagi menumbuk kepala dan menerajang perut mangsa.

Ketika itu, seorang anggota Unit Amal PAS (seragam merah) dilihat menuju ke arah beliau, sebelum dihalau oleh polis trafik lain.

Mangsa meronta-ronta akibat dihempuk dengan topi keledar, ditumbuk dan diterajang sebelum diheret hingga terjatuh di kaki lima.

Ketika melutut, seorang polis meluru dan menendangnya hingga berguling lemah dan terbaring di jalan.

Beliau kemudian diangkat dua orang polis tapi masih ditumbuk beberapa polis lain.

Video ini boleh ditonton menerusi: http://biaqpila.blogspot.com/2012/04/video-polis-belasah-peserta-bersih-30.html

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29747

Posted by on May 1 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google