Politik perkauman BN punca SRJKC, SRJKT hadapi masalah- William Leong

Bendahari Agung KEADILAN, William Leong Jee Keen menggesa Kerajaan Barisan Nasional (BN), mengambil sikap yang serius bagi menangani masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah rendah pelbagai aliran di negara kita. Ini termasuk memperbetulkan tingkah laku pentadbiran yang berat sebelah, menyingkirkan pemikiran bersifat perkauman, memperuntukkan dana secara sistematik dan menyediakan tanah simpan sekolah pelbagai aliran.

BN seharusnya mengutamakan hak-hak yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996 iaitu hak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dengan mengiktiraf semua SJKC sebagai Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Begitu juga, menukarkan status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kepada jenis sekolah bantuan penuh kerajaan secara langsung tanpa pemohonan.

WilliamWilliam Leong Jee Keen merupakan calon kerusi Parlimen Selayang, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, beliau mendapati penterjemahan berbeza di antara versi Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, dan versi Bahasa Melayu manifesto BN yang menyentuh tawaran menukar status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan. Perbezaan ini menonjolkan BN dan ahli-ahlinya kekurangan keseragaman dalam penggubalan manifesto BN sambil kekurangan sifat keikhlasan bagi menangani masalah sekolah pelbagai aliran, khususnya dalam isu kekurangan penyelidikan mendalam untuk memahami masalah yang dihadapi oleh sekolah bantuan penuh kerajaan.

Berdasarkan manifesto BN versi Bahasa CIna, muka surat 19 mendapati salah satu tawaran adalah menukar status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan. Akan tetapi dalam manifesto BN versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, tawaran tersebut adalah berbeza; iaitu menukar status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian. (Versi Bahasa Inggeris, converting SJKTs that wish to change status, into fully aided schools.) Perbezaan antara versi Bahasa Cina dan versi Bahasa Melayu, Inggeris juga menonjolkan perselisihan pendapat dalam kalangan komponen parti BN.

Dalam maksud yang dinyatakan dalam manifesto BN versi Cina mengenai ayat “menukar status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan”, secara langsung, ianya bererti sekiranya BN mendapat kemenangan di Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), SJKT akan menukarkan status kepada sekolah bantuan penuh kerajaan secara automatik. Sebaliknya, maksud yang terkandung dalam manifesto BN versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengenai ayat “menukar status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.” Ianya bererti sekiranya BN mendapat kemenangan di PRU13, lembaga pengarah SJKT boleh membuat permohonan bagi menukarkan status SJKT dan kemudian menghadapi masa yang panjang untuk menghabiskan proses kelulusan. Maka, dalam proses permohonan ini, kita tidak boleh menolak kemungkinan terdapat mana-mana Napoleon kecil atau pegawai kerajaan yang bersifat perkauman melalui apa-apa cara, menghalang SJKT menukar status kepada sekolah bantuan penuh kerajaan.

William Leong Jee Keen mendapati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kekurangan sifat keikhlasan untuk menangani masalah sekolah pelbagai aliran walaupun beliau melaungkan semangat “1 Malaysia” dalam usaha mencapai masyarakat yang adil dan saksama. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, semua SJKC adalah sekolah bantuan penuh kerajaan, maka, berhak mendapat sumbangan bantuan penuh dan sumbangan modal daripada kerajaan. Namun begitu, Majlis Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran telah meluluskan satu panduan pentadbiran pada tahun 1998 yang membawa kepada SJKC dikelaskan kepada 2 jenis sekolah.

Di bawah panduan tersebut, tanah sekolah yang dimiliki oleh Kementerian Pelajaran dikelaskan kepada “sekolah bantuan penuh” dan sekolah yang dimiliki oleh pihak ketiga dikelaskan kepada “sekolah bantuan modal”. Panduan ini telah menguasai Akta Pendidikan 1996, mengakibatkan SJKC yang dikelaskan sebagai sekolah bantuan modal hanya mendapat sumbangan bantuan penuh, tetapi tidak mendapat sumbangan modal bagi membiayai kemudahan fizikal sekolah, menyebabkan SJKC terpaksa mengumpul wang daripada masyarakat untuk membaiki sekolah.

Di bawah tingkah laku pentadbiran BN yang berat sebelah dan sifat perkauman selama berpuluh-puluh tahun, SJKT dan SJKC sama-sama menghadapi masalah seperti pembiayaan dan sekolah yang tidak mencukupi, kekurangan guru dan lain-lain. Oleh itu, apakah jaminan BN untuk memastikan SJKT tidak akan menghadapi masalah sama dengan SJKC selepas menukar status kepada sekolah bantuan penuh kerajaan? Mengapakah BN yang telah mentadbir selama 55 tahun mengambil masa yang begitu lama untuk baru bersedia membantu SJKT menukar status kepada sekolah bantuan penuh kerajaan? Mengapakah BN masih tidak mahu mengagihkan dana secara sistematik kepada sekolah pelbagai aliran? Akhirnya, mengapakah BN sehingga kini masih enggan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)?

Menurut William Leong Jee Keen, “Akibat semua keraguan ini, kita gagal untuk mendapatkan jawapan dalam manifesto BN.”

Sebaliknya, manifesto Pakatan Rakyat (PAKATAN) telah mengiktiraf peranan sekolah rakyat dan memperuntukkan sumber yang selari dengan sumbangan sekolah-sekolah ini. Di samping itu, peruntukan bagi bantuan tambahan adalah mengikut jumlah murid, dan terdapat perkongsian sumber-sumber dengan semua jenis sekolah, serta pengiktirafan kepada UEC.

Akhirnya, William Leong Jee Keen menggesa BN menyingkirkan pemikiran bersifat perkauman, menukarkan status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan secara automatik, memandangkan pengiktirafan status SJKC di bawah Akta Pendidikan 1996, telah diklasifikasikan sebagai sekolah bantuan penuh dan bukannya sebagai sekolah bantuan modal. William Leong Jee Keen menyeru BN supaya tidak memandang remeh isu pendidikan negara atau sebagai usaha memancing undi PRU 13.

Bendahari Agung KEADILAN
William Leong Jee Keen

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50080

Posted by on Apr 12 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google