Presiden KEADILAN seru anggota ke himpunan 1 Mei esok

Mei_1_anti_GSTKUALA LUMPUR 30 APR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyeru semua anggota KEADILAN di seluruh negara turun ke Himpunan Himpunan Tindakan Rakyat esok bagi menyatakan bantahan keras terhadap pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST).

“KEADILAN menyatakan komitmen bersama dengan Pas dan DAP dalam Pakatan Rakyat, serta seluruh rakyat yang cintakan keadilan untuk menyertai Himpunan Tindakan Rakyat pada 1 Mei 2014 di Dataran Merdeka.

“Himpunan 1 Mei ini, akan turut disertai puluhan NGO yang akan berarak dan bergabung di Dataran Merdeka daripada KLCC, Sogo, Masjid Negara, Brickfields dan Dataran Maybank, Pudu, bergerak dari semua lokasi mulai jam 2 petang.

“Kita perlu turun bersama-sama untuk mempertahankan rakyat, berhimpun secara aman dalam semangat demokratik yang tinggi,” kata Wan Azizah dalam kenyataannya hari ini.

Himpunan Bantah GST Sampai Tumbang Hari Pekerja 1 Mei 2014Tambahnya, KEADILAN yakin orang ramai yang turun menyertai himpunan ini merupakan rakyat yang matang dan sesekali tidak akan menimbulkan provokasi sehingga boleh mendatangkan ketegangan.

Dalam pada itu, polis Kuala Lumpur hari ini membenarkan penganjur himpunan 1 Mei berhimpun di Jalan Raja – jalan besar berhadapan padang dan bangunan Sultan Abdul Samad berhampiran Dataran Merdeka.

Orang ramai yang hadir digalakkan berpakaian tema warna merah, simbolik perjuangan buruh ke semua lokasi yang ditetapkan ebelum bergerak ke Dataran Merdeka tepat jam 2 petang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61153

Posted by on Apr 30 2014. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE