PRK Cameron Highland pertandingan empat penjuru

Pilihan raya kecil Cameron Highlands akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Pakatan Harapan, M Manogaran menentang calon BN dan dua orang calon bebas.

Tiada calon hilang kelayakan selepas semua empat orang calon memfailkan kertas pencalonan mereka pagi ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, Cameron Highland.

Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Azmin Ali yang turun padang ke pusat penamaan calon optimis dengan peluang Harapan untuk merampas kerusi Parlimen Cameron Highland daripada BN.

“Insha Allah, saya yakin calon kita akan berjaya,” katanya menerusi akaun Twitter.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 22 Jan sebagai hari undi awal dan 26 Jan sebagai hari pengundian bagi pertandingan empat penjuru itu.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72794

Posted by on Jan 12 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE