‘PRK Sandakan pertembungan Umno-BN dan Harapan’

Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim berkata pilihan raya kecil (PRK) Sandakan pada Sabtu ini adalah sebenarnya pertandingan di antara Umno-BN dan Pakatan Harapan.

Menurutnya, pengundi-pengundi Sandakan mempunyai tanggungjawab besar untuk memilih masa depan negara yang akan dipimpin oleh pihak yang menjaga kepentingan Melayu sahaja atau kepentingan semua kaum.

“Anda di Sandakan perlu membuat keputusan sama ada anda mahu negara ini menjaga orang Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan, atau hanya Melayu sahaja,” katanya pada ceramah di Bandar Prima, Sandakan malam tadi.

Anwar berkongsi pengalamannya yang disapa sebagai ‘tauke’ oleh orang Cina Pulau Pinang walaupun Melayu selama ini dimomokkan bahawa Cina adalah ‘tauke’ di negara ini.

“Kali terakhir ketika saya berada di Pulau Pinang, ada seorang lelaki Cina yang mengayuh beca, dan saya memintanya untuk membawa saya ke suatu tempat.

“Dia bawa beca, tapi apa yang kita panggil dia? Tauke (bos).

“Sebab itulah Umno sering berkata tidak ada keperluan untuk membantu orang Cina kerana mereka tauke, tetapi (tanggapan) ini salah,” katanya kepada kira-kira 1,500 hadir program ceramah.

Parti Bersatu Sabah meletakkan naib presidennya Linda Tsen menentang calon DAP, Vivian Wong dalam pilihan raya kecil Sandakan, yang diadakan selepas kematian bapa Wong yang merupakan penyandang ahli parlimen itu, Stephen Wong.

Beberapa parti pembangkang lain memberi sokongan kepada PBS dalam pilihan raya kecil ini, termasuk Umno Sabah, PAS, Usno dan Star.

Hari mengundi jatuh pada 11 Mei ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73429

Posted by on May 8 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE