PRK Tanjung Piai 16 November

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai akan berlangsung pada 16 November ini dan pengundian awal pada 12 November.

Ia diumumkan Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun yang turut mengumumkan hari penamaan calon ditetapkan pada 2 November.

PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 21 September lalu akibat serangan jantung.

Dr Md Farid, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang pakar bius jantung, membantu Pakatan Harapan merampas kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai itu memperolehi 21,255 undi menewaskan Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi.

Wee memperolehi 20,731 undi manakala Nordin, 2,962 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74086

Posted by on Oct 1 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE