PRN Sarawak: KEADILAN umum 22 calon zon selatan

(Oleh Nadia Hanafi)

SARAWAK 3 FEB: KEADILAN Sarawak mengumumkan senarai nama kumpulan terakhir 22 calon yang akan bertanding di zon selatan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

IMG_0375Pengumuman itu dibuat Pengerusi KEADILAN Negeri, Baru Bian pada sidang media selepas perasmian Bilik Gerakan Utama (BGU) Zon tersebut di Kuching 31 Januari lalu.

Menurutnya, barisan calon yang dipilih itu bekerja keras di peringkat akar umbi sejak dua hingga tiga tahun lalu.

Mereka turut berjaya mencapai standard Indeks Pencapaian Utama (KPI) yang ditetapkan parti bagi melayakkan mereka bertanding pada PRN kali ini.

“KEADILAN satu-satunya parti melaksanakan sistem KPI (untuk bakal calon), cara ini berkesan dan menetapkan piawaian yang sangat tinggi dalam pemilihan calon.

IMG_0323“Disebabkan keberkesanannya, KEADILAN Pusat turut mengadaptasi dan akan melaksana sistem ini di seluruh negara,” ujarnya dalam sidang media yang turut dihadiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Baru, sementara itu berkata, pelaksanaan sistem KPI untuk calon-calon berpotensi membuktikan KEADILAN sebagai sebuah parti politik yang serius mencari calon paling sesuai dan berpotensi untuk menang.

22 calon yang diumumkan itu adalah Francis Teron (Opar), Boniface Willie Tumek (Tasik Biru), Jajol Numan (Tanjung Datu), Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong), Mohd Salleh (Satok), See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Athina Sim (Serumbu), Willie Mongin (Mambong), Musa Ngog (Tarat) dan Cyril Langin (Kedup).

IMG_0265Calon-calon lain ialah Reginald Abell (Triboh), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah (Balai Ringin), Norina Utot (Simanggang), Kolien Liong (Batang Ai), Yukud Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Neol Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka) dan Ali Biju (Krian).

Baru turut mengumumkan beliau akan mempertahankan kerusi Ba’Kelalan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=68636

Posted by on Feb 3 2016. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE