Pro M UKM bantah kemenangan seorang calon aspirasi

BANGSAR: Meskipun menang bergaya pada Pilihan Raya Kampus (PRK) di Universiti Kebangsaan Malaysia, kumpulan Pro Mahasiswa tetap membantah kemenangan seorang calonĀ  Pro Aspirasi yang didakwa sebagai tidak sah.

Jurucakap Pro M, Mohd Nazri Mohd Tahir berkata, kemenangan Umi Nazirah Khairuddin harus ditolak kerana tidak mengikuti bengkel Calon yang merupakan syarat wajib bagi calon bertanding.

“Malah Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) yang mengendalikan Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini dilihat berpihak apabila mengeluarkan surat palsu untuk dua calon Pro Aspirasi termasuk Umi Nazirah bagi membolehkan mereka bertanding,” katanya ketika mengadakan sidang media.

Menurut Nazri, seorang lagi calon Pro Aspirasi yang turut diberikan surat palsu tersebut, bagaimanapun tewas. Namun mereka tetap menuntut JPPEL bertanggungjawab dalam isu pemberian surat berkenaan.

Pada PRK kali ini, Pro M UKM menang 22 daripada keseluruhan 37 kerusi yang dipertandingkan dan kini dalam proses membentuk kabinet dengan dipimpin Mohd Abdullah Mohd Yusof. Manakala Pro Aspirasi hanya memperoleh 15 kerusi.

Pada sesi lalu, Pro M UKM tidak berjaya membentuk kemenangan apabila hanya memenangi 14 kerusi dari keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7413

Posted by on Feb 22 2011. Filed under NASIONAL, SEMASA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE