Projek Lembu: Kenapa Felda yang lebih layak diketepikan?- Rafizi

PETALING  JAYA 28 Feb: Pengarah Srategi KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoalkan mengapa Pusat Fidlot Nasional tidak diserahkan kepada syarikat Felda yang lebih berkelayakan dan turut membida projek berkenaan.

Sebaliknya, kata Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan kontrak itu kepada syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Rafizi, Najib perlu menjelaskan perkara ini kerana beliau mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Syarikat peneraju bagi Pusat Fidlot Nasional yang menjemput enam syarikat, termasuk Felda Farm Product Sdn Bhd.

“Dari segi pengalaman, saiz kapital, pengurusan dan rekod industri, syarikat paling layak mendapat kontrak ini adalah Felda Farm Product Sdn Bhd,” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini.

Dalam sesi pendedahan terbaru mengenai isu NFC itu, Rafizi turut menunjukkan profil syarikat-syarikat terlibat, yang diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Beliau berkata, syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd, yang mendapat kontrak berkenaan hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan.

“Ini menunjukkan lantikan Agroscience Industries Sdn Bhd melalui proses yang tidak telus dan mengabaikan pertimbangan asas kewangan dan pengalaman yang dimiliki Felda Farm Products Sdn Bhd,”¬† jelas Rafizi.

Rafizi berkata, Najib harus mendedahkan minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan dan menerangkan kriteria yang digunakan sehingga Felda Farm Products Sdn Bhd yang paling layak, diketepikan.

“Pelantikan Felda Farm Products Sdn Bhd pasti akan dapat meningkatkan lagi hasil pendapatan peneroka.

“Oleh itu, beliau harus memberi jawapan kepada ratusan ribu warga felda yang lebih layak, tetapi diketepikan hanya untuk keluarga menteri,”¬† ujarnya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27456

Posted by on Feb 28 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE