Projek USD 20 bilion Petronas tanpa tender terbuka – Azmin

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 16 Mac: Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menyatakan keistimewaan syarikat Dialog Berhad dengan pengurusan tertinggi Petronas.

Ini kerana katanya, syarikat itu bakal mendapat projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid) di Pengerang, Johor bernilai USD 20 bilion tanpa tender terbuka.

“Sila jelaskan juga apakah Petronas menjalankan feasibility studies dan risk management studies memandangkan projek itu bernilai besar dan apakah tender terbuka akan dilaksana Petronas dalam projek ini,” soalnya di Parlimen 14 Mac lalu.

Beliau turut mendesak pentadbiran Najib menjelaskan nilai pampasan yang diberi kepada lebih 900 keluarga dari tujuh kampung yang terlibat ekoran projek itu.

Petronas juga katanya, menganugerahkan Risk Service Contract bagi Balai Pembangunan Balai Cluster Marginal Field bernilai RM 1bilion kepada Konsortium Dialog Berhad.

Dalam konsortium itu, katanya, Dialog Berhad diberi saham 32 peratus, berbanding Petronas Carigali (20 dan Australia ROC Oil (48).

“Persoalannya mengapa Petronas membenar Dialog Berhad menjadi pemegang saham lebih besar daripada Petronas carigali sedangkan Petronas Carigali memiliki keupayaan teknologi, kewangan serta pengalaman carigali di 32 negara termasuk Malaysia.

“Apa kriteria pemilihan rakan kongsi dalam konsortium ini selain daripada teknologi dan keupayaan yang dimiliki Petronas carigali dan Australia ROC Oil,” soalnya lagi.

Pada Oktober 2011 pula katanya, Dialog Berhad turut dianugerah kontrak Tanjung Langsat Storage Tank Terminal Facilities di Johor hampir RM400juta bersama pegangan saham 40.7, peratus berbanding MISC (33.3) dan China Aviation Oil (Singapore, 26).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28309

Posted by on Mar 16 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google