PRU 13: KEADILAN tanding 102 kerusi Parlimen, 162 kerusi DUN

(Oleh Aisha Geoffrey)

SUBANG JAYA 18 APRIL: KEADILAN akan bertanding 102 kerusi Parlimen dan 162 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Perkara itu dimaklumkan pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah kepada calon-calon KEADILAN di sebuah hotel, dekat sini, hari ini.

parti“KEADILAN akan bertanding 102 kerusi Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak,” kata Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya parti.

Jumlah kerusi itu meliputi 64 kerusi di Semenanjung, 21 di Sabah dan 17 di Sarawak.

Jelas Azmin, terdapat pertambahan kerusi di Sabah kerana parti tempatan iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) bersetuju untuk bertanding menggunakan bendera KEADILAN.

“Bagi DUN pula, kita ada 162 kerusi tidak termasuk di Sarawak,” katanya.

Pada PRU 2008, KEADILAN bertanding sebanyak 97 kerusi Parlimen dan 178 DUN.

Kerusi dimenangi peringkat Parlimen adalah 31 manakala di DUN pula 42.

Hadir sama, Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Naib-naib Presiden parti dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50674

Posted by on Apr 18 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google