PRU 13: Musa Aman liabiliti Umno Sabah – Thamrin

(Oleh Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 18 APRIL: Kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang terpalit dengan kes rasuah dan salah guna kuasa bakal jadi beban kepada Umno negeri itu pada pilihan raya akan datang, kata Pengerusi KEADILAN Sabah, Thamrin Jaini.

Beliau berkata, rakyat Sabah kini sudah muak apabila melihat tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Musa, walaupun banyak laporan sudah dibuat.

“Rakyat Sabah kini mempertikai integriti kerajaan negeri ekoran pelbagai kes itu. Mereka juga rasa di sini ada dua set undang-undang; satu untuk penguasa, satu lagi untuk orang awam.

Musa Aman dan Michael Chia

Musa Aman dan Michael Chia

“Ini akan jadi beban kepada Umno BN, dan jadi faktor penyumbang kepada kita untuk tumbangkan mereka dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada Keadilan Daily.

Sebelum ini, Musa terbabit dengan skandal wang haram RM40 juta yang dibawa masuk ahli perniagaan, Michael Chia.

Musa juga dikatakan cuba melindungi penjenayah dikehendaki Filipina, Manuel Karingal Amalilio, yang dikatakan sebagai anak saudaranya, daripada ditangkap ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) negara itu.

Dalam pada itu, Thamrin berkata, tinjauan di lapangan menunjukkan rakyat semakin menyokong Pakatan, tetapi masih ada yang takut menyatakannya secara terbuka.

“Ada yang masih takut untuk sokong secara terbuka, ekoran budaya menekan daripada kerajaan negeri.

“Rata-rata sudah muak dengan cara pemerintahan sebegini. Inilah masa untuk tukar kerajaan, agar mereka bebas daripada sebarang kongkongan dan tekanan,” katanya yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum pada PRU kali ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50642

Posted by on Apr 18 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google