PRU 13: RELA dipindah ke Parlimen Kuantan untuk bantu BN menang

(Oleh Norutul Ilham)

KUANTAN 11 APRIL: Sekumpulan besar Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dipindahkan tanpa pengetahuan ke Kuantan supaya mereka mengundi di Parlimen itu untuk membantu kemenangan BN pada PRU 13.

FuziahAhli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh memberitahu, modus operandi tersebut dikesan apabila 200 RELA dipercayai dari Jerantut dan Kuala Lipis dipindah ke Parlimennya itu berdasarkan nombor plakun RELA yang berbeza bagi setiap kawasan.

Menurutnya, nama-nama RELA itu dimasukkan dalam senarai pemilih di daerah mengundi Kg Selamat dan Kg Tanjung Api dalam Parlimen Kuantan.

“Setiap RELA ada nombor plakun berbeza, contohnya 0125 di Kg Tanjung Api, kod ini yang membezakan antara mereka.

“Tapi senarai yang kita terima ada nombor plakunnya 0322, 0314, 0927. Bermakna mereka bukan daripada Kg Tanjung Api. Dari sini, kita percaya mereka sengaja dipindahkan untuk mengundi BN,” kata Fuziah yang bertanding semula di Parlimen itu.

Beliau mendedahkan demikian pada sidang media tele-conference yang dipancarkan secara langsung dari pusat media Parlimen Kuantan, di Ibu Pejabat KEADILAN, Petaling Jaya.

Menurut Fuziah lagi, sebahagian yang didaftarkan itu tidak mengetahui mereka adalah ahli badan tersebut.

“Ada di antaranya tidak tahu mereka adalah RELA. Melalui kaedah ini, saya tahu taktik yang dirancang Umno ini untuk merancang sesuatu.

“Rancangan mereka pastinya mahu mengumpul RELA untuk membantu kemenangan Umno,” katanya. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50035

Posted by on Apr 11 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google