PRU 13 : Tentera bersikap profesional – Lef Jen. Ghafir

masdarwahidS: Bagaimana Datuk melihat situasi peralihan kuasa secara aman sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya? Ada teori berkata angkatan tentera akan berpihak atau huru-hara berlaku

J: Saya yakin angkatan tentera profesional. Mereka dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama untuk mengekalkan kedaulatan undang-undang walau apa pun yang berlaku. Saya yakin bahawa mereka tidak akan berpihak. Saya berharap tentera akan menjalankan tanggungjawab seperti yang selalu mereka jalankan.

S: Situasi di Sabah. Datuk melihat pencerobohan adakah mempunyai agenda tertentu?
J: Perairan Sabah begitu luas, tak ada jaminan tak boleh dibolosi. (Saya tidak menolak) mungkin ada satu perancangan. Yang penting. Kita kena selesaikan masalah akar umbi, orang Sulu. Kalau kita selesaikan keresahan mereka dia di sana, masalah tidak akan merebak ke sini.

S: Adakah senario ketenteraan ini untuk wujudkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan sedia ada?
A: Mungkin berlaku secara kebetulan sebelum pilihan raya. Pada pandangan saya ada kemungkinan ini dirancang oleh sesetengah pihak . Tetapi keutamaan kita menyelesaikan (peringat akar umbi). Jika bertindak secara ketenteraan ada implikasi masa panjang hubungan diplomasi dua negara.

Tetapi menceroboh sesebuah negara secara bersenjata merupakan kesalahan besar. Keyakinan rakyat tergugat kalau kita sentiasa lepaskan orang yang bersenjata dengan aman. Ia akan mengundang kumpulan-kumpulan lain datang buat benda sama.

S: Mengenai isu kebajikan tentera semasa bertugas dan selepas bersara. Tentera tak berpencen adakah kebajikan mereka terbela?

J:Saya berpandangan kita kena melihat masalah ini secara menyeluruh. Pada saya perlu ditengok syarat perkhidmatan. Adakah membenarkan tentera berhenti pada umur 30an atau 40an bijak? Atau pun pilihan untuk sambung jawatan seperti pegawai kerajaan lain. Perkara itu kena kaji secara menyeluruh. Mengenai pencen, misalnya jumlah yang diberi ikut kadar perbelanjaan sekarang tidak mencukupi.
Yang tidak berpencen lebih rugi kerana walaupun mereka dapat gratuiti, bayaran itu tidak banyak . Kena naikkan gratuiti. Kadang-kadang mereka ada tanah tetapi tak cukup duit nak bina rumah. Badan seperti (Jabatan Hal Ehwal) Veteran pula kena monitor mereka yang telah berhenti. Saya rasa peruntukan geran yang lebih besar harus diberi .

S: Kebajikan polis misalnya lebih terbela. Ada taman koperasi polis, ada IPT polis. Tetapi perumahan tentera mengecewakan……

J: Dulu ada koperasi tentera. Tugasnya membina rumah untuk mereka yang akan pencen. Tetapi skim ini diberhentikan kerana kos membina rumah tinggi. Saya rasa koperasi ini amat penting

Satu lagi, anggota tentera kadang-kadang tak minat kerja di Kuala Lumpur kerana kos hidup tinggi. Mereka ini juga perlu diberi perhatian. Cadangan saya hidupkan balik koperasi atau wujudkan skim-skim yang lain yang boleh bina perumahan, tentera boleh beli dengan harga yang lebih sesuai dalam keadaan pencen atau dengan gratuiti mereka

S:Apa yang perlu ditawar oleh Pakatan dalam hal ini?

J:Kerajaan baru yang ambil alih, memang saya yakin kalau benda ini dikaji dan sebagainya ia dapat dilaksanakan.
S:Bagaimana jika Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) buat anak syarikat yang bina rumah?

S:LTAT boleh sediakan perumahan kos rendah dan menjual balik kepada anggota. Buat bisnes dari duit caruman. Buat sedikit keuntungan untuk perumahan dan jual rumah dengan murah.

S: Isu peralatan pertahanan. Misalnya persediaan anggota terlibat di peringkat nasional atau antarabangsa?

J: Saya bangkitkan isu untuk tunjukkan keperitan tentera yang berkhidmat tapi tidak dibalas secara berpatutan walaupun keadaan sekarang dalam perkhidmatan lebih baik.

Bagaimanapun dari segi keseluruhan, ada lagi yang mengecewakan seperti prasarana. Alasan tidak cukup peruntukan. Peruntukan yang begitu banyak mana perginya?

S: Boleh Datuk berikan sedikit perincian

J:Saya kira dalam tempoh berkhidmat. Selama 36 tahun ada lima Rancangan Malaysia. Dalam setiap rancangan peruntukan pertahanan RM5 – RM7 bilion. Keseluruhan RM35 – RM49 bilion. Setiap tahun kita dapat belanja mengurus RM2 bilion setahun. RM1 bilion bayar gaji.

Jumlah keseluruhan RM75 bilion banyak. Kita tengok peralatan dan kemudahan untuk tentera adakah seimbang dengan peruntukan. Kalau tak seimbang mana pergi duit yang lain? Itu yang saya katakan budaya tak betul. Kita buat pilihan untuk beli secara runding terus. Kos terlampau tinggi.

S:Bukankah ada soal kerahsiaan dalam peralatan pertahanan?

J:Parlimen sepatutnya boleh bertanya, berdebat . Tapi masalahnya benda ni tak telus. Kadang-kadang ahli parlimen pun tak tahu. Sebaiknya mereka mesti telus di parlimen dan sebagainya. Baru ada check and balance.

Saya jumpa dengan bekas anggota PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen). Dia kata Datuk, selepas dengar Datuk punya pendedahan baru tahu apa yang berlaku. Saya ahli PAC. Kalau ahli PAC pun tak tahu maknanya tak ada ketelusan di kalangan ahli PAC

Kalau audit tak tahu, audit kata harga itu sahih. Tetapi kepada mereka yang tahu kos mereka akan bertanya mengapa bayar mahal sangat.
Satu lagi ialah pemindahan teknologi. Bila dah beli senjata. Kita kena senggara senjata . Alat ganti sangat mahal. Dalam hal ini pemindahan teknologi sangat penting…..

S: Bukakah kita mampu ubahsuai jet MIG?

J:Ubahsuai ikut keperluan. Pemindahan teknologi lain. Selepas habis anggota kita semua tahu nak baiki enjin. Buat alat ganti, sesetengah alat ganti yang tidak rumit boleh dibuat di sini.

Ada yang dibuat tetapi secara kecil-kecilan.(Kemahiran) tukar bateri atau cat body. Benda yang tak penting. Misalnya, radar atau peralatan lain yang penting tak diajar. Dalam perjanjian tak tegas untuk pindah teknologi. Kalau tak ditekankan, sampai bila pun kita tak dapat.
S: Timbul pertanyaan kenapa semasa berkhidmat tak nak tegur perkara tersebut?

J:Saya berhenti dalam tentera setahun lebih awal. Kajilah apa yang berlaku. Kalau semuanya baik tentu saya tak berhenti awal.

S: Kalau dibandingkan dengan tentera negara jiran

J:Askar kita antara yang terbaik di dunia. Semasa nak pergi ke Namibia. Satu batalion dari kem Terendak disediakan selama setahun untuk ke sana. Tapi saat akhir PBB kata tambah satu lagi batalion. Saya ambil batalion dalam hutan. Tempoh persediaan seminggu dan terus pergi ke padang pasir. Askar mana boleh buat begitu?
Kalau dilengkapkan mereka dengan peralatan terbaik kita akan dapat askar terbaik dalam dunia.

S: Apakah harapan Datuk kepada kerajaan Pakatan dalam membela kebajikan tentera?

J:Apabila seseorang masuk tentera ada dua kontrak mereka tandatangan. Satu kontrak askar berjanji akan berkhidmat bila-bila masa, di mana sahaja diperlukan. Satu lagi kerajaan berjanji untuk memberi apa yang mereka perlukan; gaji, perumahan, kemudahan, pencen dan kebajikan selepas berhenti.

Saya selalu sebut kepada Datuk Seri Anwar perkara ini (agar diambil berat oleh kerajaan baru)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48118

Posted by on Mar 22 2013. Filed under RENCANA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google