PRU-13: Tubuh pasukan pemantau pilihan raya Pakatan Rakyat

(Oleh Wira Rakyat)

Amaran Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar parti-parti yang menang atau tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 tidak menganjur tunjuk perasaan selepas pilihan raya membayangkan tarikh pembubaran parlimen kian hampir.

Dalam sistem demokrasi Malaysia, SPR mengetahui lebih awal tarikh PRU kerana parti memerintah BN amat bergantung kepada mereka. SPR diperkuda paling teruk menjelang PRU ke 11 (2004).

Persempadanan semula yang dilakukan badan itu mengubah secara dramatik lokaliti pengundi untuk mengalahkan pembangkang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Terengganu menerima gugatan paling dahsyat.

jompantauRibuan pengundi hantu Myanmar dibawa masuk. Pengundi pantai barat Semenanjung mengundi dua kali. Pada sebelah pagi di Terengganu dan petangnya di Selangor.

Terdapat dakwaan jumlah kertas undi terkumpul lebih banyak berbanding jumlah yang keluar mengundi. Tidak masuk akal negeri yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan baik dan majoriti rakyatnya miskin mencatat peratusan keluar mengundi hampir 90 peratus. Di DUN Langkap peratusannya mencecah 97.88 peratus.

Siapapun di belakang magik PRU 2004 tentulah mendapat kerjasama yang amat baik daripada SPR. Tanpa bantuan SPR, tidak mungkin pemindahan sejumlah besar nama boleh berlaku.

Hal itu sama sahaja dengan keterangan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah (JPN) Ramli Kamarudin dalam siasatan Suruhanjaya Diraja berkaitan kad pengenalan palsu di Sabah.

Beliau mendakwa menerima arahan daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri Megat Junid Megat Ayub mengeluarkan 16,000 resit kad pengenalan kepada warga asing pada pada awal 1990an.

Kemudian seorang polis dari Kelantan ‘menutup’ keterangan tersebut dengan berkata dalam soal siasat beliau terhadap Ramli, bekas Pengarah JPN itu mengaku resit kad pengenalan dijual kepada pendatang berharga RM250 setiap satu.

SPR dan polis biasanya mengeluarkan kenyataan yang senada. Mereka diarah agar bercakap mengikut skrip pemerintah.

Strategi lancar

IMG_0934Menjelang PRU 13, pemimpin BN berpuas hati jabatan kerajaan telah bekerja keras mewujudkan pengundi hantu generasi keempat. Lanjutan dua projek IC Sabah dan projek IC Terengganu.

Menurut sumber yang dipercayai, jumlah pengundi hantu Bangladesh, Indonesia, Filipina dan Myanmar kali ini amat banyak, melebihi 500,000 orang.

Rakyat jangan terperanjat selepas ini polis juga akan memberi amaran, agar tiada pihak menghalang sesiapa sahaja yang mempunyai kad pengenalan membuang undi. Rakyat jangan prejudis jika muka pengundi itu seperti Pakistan, Bangladesh mahu pun Indonesia.

Menghadapi senario yang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, banyak pihak mengutarakan cadangan agar dibentuk pasukan khas pemantau pilihan raya yang akan bertindak berdasarkan situasi.

Tindakan menghalang pengundi hantu bukan tidak pernah dilakukan. Dalam pilihan raya kecil DUN Lunas, 2000, pasukan pemantau Parti Keadilan Nasional menahan 12 buah bas yang membawa pengundi hantu. Mereka mengepung bas itu.

Polis yang buntu memecah kepungan akhirnya bersetuju membawa kesemua penumpang ke kawasan balai polis sebelum membebaskan mereka. Operasi yang diketuai oleh Azmin Ali itu menjadi rujukan penting dalam membanteras pengundi hantu pada tahun-tahun berikutnya.

Di Terengganu pada PRU 2008, petugas PAS bergaduh dan menghalang hantu di 8 DUN. Anehnya, hanya 8 DUN itu yang dimenangi PAS.
Dalam baki dua bulan sebelum PRU, Pakatan perlu memikirkan secara serius penubuhan pasukan bertindak pemantau pilihan raya.

Tidak cukup dengan seruan Ketua Umum KEADILAN Anwar Ibrahim agar anak muda menjadi pemerhati. Atau tindakan DAP yang akan menurunkan pemerhati pada tiap-tiap pusat pembuangan undi.

Sekiranya warga asing benar-benar dikesan apakah tindakan selanjutnya? Warga asing wajib dihalang biar pun mempunyai kad pengenalan. Pasukan pemantau perlu diberi latihan khusus menangani mereka.

Wujud SOP

Himpunan-Kebangkitan-Rakyat-02Satu Standard Operating Procedures (SOP) perlu diwujudkan, meliputi strategi bantahan dan kepungan. Selama ini belum wujud pasukan bersama menghalang taktik penipuan.

Tindakan yang dibuat bersifat kepartian dan menerima arahan daripada ketua peringkat negeri atau daerah sahaja. Mungkin kerana Pakatan belum terbentuk. Tetapi kali ini Pakatan harus lebih bersedia dan mewujudkan pasukan yang mantap .

Satu taktik yang biasa dilakukan SPR ialah membuat kiraan semula undi berkali-kali. Taktik itu hampir berjaya mengalah Presiden KEADILAN Dr Wan Azizah di Permatang Pauh pada 2004.

Dalam tiga kali pengiraan, jumlah kertas undi calon KEADLIAN semakin mengecil. Tentulah agen-agen BN menyusup masuk menambah kertas undi.

Sekiranya kiraan lebih dua kali, adakah Pakatan akan membiarkan sahaja atau melancarkan tunjuk perasaan spontan di pusat penjumlahan, mendesak SPR berlaku jujur?

Setelah semua itu dilakukan, sekiranya masih berlaku penipuan besar-besaran maka tiada undang-undang yang boleh menyekat rakyat turun ke jalan raya.

Sekiranya Najib dan SPR berani melakukan penipuan, mereka wajar menerima akibat buruknya; sama ada rakyat turun ke jalan raya atau BN turun takhta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44517

Posted by on Feb 7 2013. Filed under RENCANA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google