Pulangkan dana 1MDB – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pemilik akaun-akaun yang dibekukan kerana terkait kes 1MDB agar menyerahkan dana yang diterima mereka kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Shukri Abdull merangkap anggota pasukan tugas khas 1MDB, berkata suruhanjaya itu sengaja membekukan akaun-akaun itu tanpa notis untuk ‘elemen kejutan’.

“Sebarang akaun yang kita syaki akan kita bekukan.

“Kita punyai bukti lengkap, bahawa wang yang masuk adalah dari wang 1MDB.

“Tak perlu beri notis. Tugas ‘task force’ 1MDB, bila kita dapati duit dari 1MDB, kalau kita beri notis, duit itu akan dibawa lari, mana elemen kejutan,” katanya.

Shukri mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di Petaling Jaya selepas pelancaran buku nukilan Presiden Transparency-International Malaysia, Akhbar Satar.

“Saya menyeru, pemilik datang dan minta pemilik wang ini serah kembali duit secara sukarela.

“Kalau tidak mahu serah, kita akan ambil tindakan undang-undang, duit ini duit rakyat, walaupun satu sen, task force berjanji untuk pulangkan,” katanya.

Sebelum ini 408 akaun bank milik individu, parti politik dan NGO dengan dana terkumpul sebanyak RM1.1 bilion dibekukan pada 26 Jun dan 29 Jun lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71964

Posted by on Jul 3 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE