Pulihkan pembuli demi masyarakat – TPM

Gejala buli perlu diuruskan dengan cermat bagi memastikan pembuli tidak dipinggirkan masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut beliau, kaedah pemulihan lebih baik berbanding kaedah menghukum dalam menguruskan gejala itu.

“Saya mengesyorkan pendekatan yang bersifat mendidik dan memulihkan untuk menangani pembuli berbanding kaedah menghukum.

“Kita mahukan pembuli-pembuli ini dipulihkan dan diterima kembali ke dalam kelompok masyarakat, rakan sepergaulan dan ahli keluarga mereka,” katanya semasa merasmikan acara ‘Malaysia Against Bullies’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson, hari ini, lapor Astro Awani.

Dr Wan Azizah turut menyeru guru-guru, kaunselor serta ibu bapa supaya sentiasa peka terhadap perilaku pelajar bagi mengesan mangsa buli.

“Sekiranya anda menerima laporan berkaitan salahlaku buli, pastikan tindakan diambil dan jangan sesekali melengahkan atau bersikap sambil lewa terhadap laporan ini.

“Kita bertanggungjawab kepada keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar dan perkara ini tidak boleh dikompromi,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72421

Posted by on Oct 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE