Pusat khidmat Anwar edar topeng muka di PD

Pusat khidmat Anggota Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim mengedarkan topeng muka N95 selepas Port Dickson menjadi kawasan pertama di Negeri Sembilan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat tidak sihat pagi ini.

Langkah itu diumumkan presiden KEADILAN itu dalam kenyataan media pagi ini.

“Saya menasihatkan orang ramai untuk berjaga-jaga, terutama kepada mereka yang bekerja. Kegiatan fizikal di luar juga terutama untuk warga emas dan anak-anak, wajar dikurangkan sehingga jerebu kembali pulih.

“Orang ramai juga disaran menggunakan topeng muka yang sesuai untuk mengurangkan kesan kepada kesihatan,” kata Anwar.

Port Dickson menjadi kawasan pertama di negeri ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu 207 pada jam 7 pagi tadi.

Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat 12 tengahari ini menunjukkan bacaan IPU Port Dickson berada pada 212.

Nilai pula menunjukkan bacaan IPU 195 diikuti Seremban dengan bacaan 171.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74019

Posted by on Sep 17 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE