Putrajaya gagal lagi bayar hutang 1MDB

KUALA LUMPUR 8 OGOS: Firma sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin tidak dapat melunaskan hutang sebanyak USD628.75 juta (RM2.69 bilion) kepada anak syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC), PJSC milik Abu Dhabi menjelang tengah hari ini, lapor The Edge Markets.

Tarikh akhir baru itu yang merupakan lanjutan selama lima hari perniagaan diberikan IPIC setelah firma yang diilhamkan perdana menteri itu gagal melunaskan hutangnya pada 31 Julai lalu.

Tempoh bayaran pertama itu ditetapkan dalam perjanjian penyelesaian antara 1MDB dan IPIC pada bulan April lalu.

Ia dibuat untuk mengelakkan proses timbangtara berhubung dana yang terhutang kepada firma Abu Dhabi itu.

Menurut The Edge Markets, syarikat milik Kementerian Kewangan itu akan menampung beban caj faedah tambahan kepada 1MDB akibat kegagalan mereka itu.

“Setakat ini, 1MDB telah menyatakan bahawa firma itu memerlukan sekurang-kurangnya satu bulan lagi sehingga akhir bulan Ogos untuk mengatur dana untuk membuat bayaran tersebut,” akhbar itu dipetik melaporkan.

Pembayaran yang dijadualkan ini adalah yang pertama dari 1MDB kepada IPIC. Urus niaga kedua yang sama perlu dibayar pada 31 Disember tahun ini.

Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC adalah USD1.205 bilion (RM5.16 bilion) sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70340

Posted by on Aug 8 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE