Putrajaya gesa PBB jelaskan status penarikan diri Statut Rom

Wisma Putra akan memanggil penyelaras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia untuk menjelaskan status penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom yang belum dikemaskini.

“Walaupun Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri dari Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa kepada PBB, namun pengekalan Malaysia sebagai negara pihak kepada triti (perjanjian) tersebut seperti yang tertera dalam laman sesawang PBB adalah sangat mengecewakan.

“Dalam perkara ini, Resident Coordinator PBB di Malaysia akan diminta untuk memberi penjelasan kepada Kementerian Luar Negeri pada hari ini, Rabu, 15 Mei 2019 mengenai proses dan status terkini penarikan diri Malaysia dari Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” kenyataan Wisma Putra hari ini dipetik.

Penarikan diri Malaysia daripada perjanjian itu diumumkan perdana menteri pada 5 April 2019.

Wisma Putra kemudian mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut pada 8 April 2019.

Namun, status penarikan diri Malaysia itu tidak dikemaskini di laman sesawang PBB seperti ditimbulkan aktivis pro-Najib Razak, Lokman Noor Adam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73467

Posted by on May 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE