Putrajaya komited bendung perkahwinan bawah umur

Putrajaya komited untuk membendung insiden perkahwinan bawah umur dengan menaikkan had umur perkahwinan sedia ada dari 16 tahun ke 18 tahun.

Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri, Rodziah Ismail berkata, perkahwinan sedemikian tidak wajar berlaku hanya kerana ia diizinkan Mahkamah Syariah dan enakmen Islam negeri.

“Perkahwinan kanak-kanak tidak wajar dibenarkan dan dipermudahkan hanya kerana ia boleh dilaksanakan.

“Dimaklumkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kini menggariskan prosedur operasi standard (SOP) sebagai panduan kepada hakim sebelum membenarkan perkahwinan di bawah umur diteruskan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya setakat ini tiada SOP diguna pakai oleh semua negeri sebagai panduan bagi memperketatkan lagi kelulusan perkahwinan bawah umur untuk umat Islam.

“SOP berkaitan bukan di bawah bidang kuasa Kementarian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi di bawah JKSM dan sebarang kenyataan lanjut perlu dirujuk kepada pihak berkenaan.

“Walaupun SOP akan diwujudkan, komitmen kerajaan untuk menaikkan had umur minima perkahwinan bawah umur kepada 18 tahun masih diteruskan,” katanya.

Isu perkahwinan bawah umur mendapat perhatian ramai apabila seorang peraih getah berumur 41 tahun bernikah dengan kanak-kanak perempuan 11 tahun dan menetap di Gua Musang Kelantan sejak 18 Jun lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71995

Posted by on Jul 11 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE